Pengalaman ke Service Center Lenovo di Oval Damansara

Akhirnya aku berjaya sampai ke Lenovo Service Centre setelah sekian lamanye. Ade masalah sikit dengan kekunci kat laptop keyboard, aku dah chat dengan technical support Lenovo dan diorang suruh pegi service centre sebab laptop aku guna ni masih ade warranty. Jadinya semalam aku berjaya pergi (tahniah untuk diri sendiri...kikiki). Aku duk terbayang tempat nya ala-ala Celcom center...sekali macam ofis biasa je, kecik je. 

Ni info pasal Lenovo Service Centre yang aku pegi.
Alamat: Unit 17-6, Menara Oval Damasara, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur.
Waktu Beroperasi: 9AM–6PM (Waktu pejabat sahaja ye, hujung minggu + cuti umum tutup, takyah gatal-gatal nak pegi, buang masa, nasib baik aku call dulu tanye..pheww)

Okay sambung citer, kat lobi sila pergi daftar dulu ye sebab nak naik atas bangunan kene pakai akses kad. Kat bahagian depan menara Oval Damansara ade kedai yang untuk orang ade-ade (aku assume je sebab nampak ekslusif), macam kedai perabot gitu..aku tak pasti sangat, tak sempat usha.


Kat Reception, ade info pasal ofis-ofis yang ade kat bangunan ni





Pelawat kena daftar kat sini, tempat Security Guard.

Untuk daftar, macam biasa bagi IC atau lesen memandu, lepas tu diaorang akan pulangkan dan bagi pas pelawat. Nanti nak naik atas, ade guard yang akan tolong scan akses card untuk kite masuk kat tempat lif.

Ni la rupenye...macam ofis biasa kan?


Aku masuk-masuk terus bukak laptop depan sorang mamat ni, dia check2 semua then dia bagi borang aka slip untuk isi. Dia cakap kene hantar baiki dulu, aku ingat dorang boleh baiki terus..cess...dia kata proses baiki tu akan ambil masa sehingga 7 hari bekerja (sabar la ye, boleh tahan lame), kalau takde dapat sms dari diaorang lepas 7 hari, boleh call nombor telefon yang dia dah bagi. Lepas dia bagi slip untuk baiki laptop tu, aku pun berlalu pergi...(eh, macam ayat novel plak..lol)

Ni slip yang diaorang bagi..simpan baik2, jangan hilangkan plak

Pasal parking, kat sini okay, parking InsyaAllah ada, cume mahal la sket bagi rakyat marhaen macam aku ni...aku masuk gune Touch N Go, kene caj RM4.33 (aku rasa dalam 30 minit je aku parking, mungkin kira sejam la). Nak parking kat luar bangunan boleh je,
tapi sebab tepi jalan besar, peratusan untuk dapat 'surat cinta' daripada polis trafik agak besar kalau tak bernasib baik...jadi..ikut suke la ye..kbye..

Comments

  1. Not relevant any more. This place is now a (kedai jahit) seamstress shop.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts