Trip ke Tokyo November 2017 (Bahagian 1)

Alhamdulillah..aku diberi kesempatan menjejakkan kaki di bumi Jepun pada 25 November 2017. Sebelum pergi, aku banyak dapat maklumat pasal Jepun ni kat blog orang, kat forum Cari, website Japan Tourism, etc, jadi aku memang berniat nak kongsi maklumat untuk korang yang baru pertama kali nak ke Tokyo. Kitaorang pegi berempat masa ni.

Penerbangan ke Tokyo menggunakan Silk Air +  Singapore Airlines
KLIA - Singapore - Haneda Airport

Sebelum ni aku memang selalu naik Air Asia je tapi kali ni tiba2 rasa teringin nak cuba airlines yang belum pernah naik. Kalau dibandingkan dengan MAS, pada pendapat aku tempat duduk dalam Silk Air dan Singapore Airlines adalah lebih selesa.

Pengalaman naik Singapore Airlines
- Ade pilihan untuk muslim meal, sila pilih siap2 sebelum fly.
- Dapat tuala panas untuk lap muka masa awal penerbangan.
- Dapat earphone percuma, aku mati2 ingat earphone ni kene pulang balik
  mcm MAS, rupanya memang dapat, jadi dapat 2 earphone, masa pergi dan masa balik.
- Dalam 4 kali gak la diaorang hidang air sepanjang penerbangan yg hampir 7 jam
  (kita boleh pilih nk kopi/teh/jus, etc)
- Untuk makanan, pada aku, boleh la nk lapik perut, nak kata sedap sangat tu tak lah.
  Air Asia win part makanan ni...hehe
- Dapat dessert yang best iaitu aiskrim Haagen Daaz, jangan risau, memang ade tanda halal.


Itinerari adalah seperti di bawah:

Hari 1
Shinjuku - singgah Bic Camera beli 48 hours tourist metro pass
Takeshita Street - makan crepes
Shibuya - Hachiko statue - Shibuya crossing
Dinner kat Sinjukugyo Ramen Ouka (tunggu sejam gak la br dpt masuk sbb ramai org, elok call dulu utk reserve, tunggu kat luar dah la sejuk + lapo giler..mmg kene sabar byk2)
Tokyo Metropolitan Goverment Building (North)

Hari 2
Tsukiji market - sile beli stoberi sini sbb manis sgt harga ¥700, sini best la sbb dpt mkn seafood grill tu (harga dlm ¥1000 -¥2000, pejam mata je la bayar..haha)
Singgah Bic Camera kat Yurakucho, lepak lelame urut kaki (free), lenguh wei byk sgt jalan..
Roppongi Hills - Winter illumination

Hari 3
Naik bas dari Tokyo Station ke Kawaguchiko Station
Naik kereta kabel (Kawaguchiko Ropeway)
Naik bot kat tasik Kawaguchi

Hari 4
Meiji Shrine
Shinjuku Gyeon National Garden
Dinner
Ameyoko shopping street, Ueno

Hari 5 (last day, sopping time)
Jenjalan area Shinjuku je utk beli souvenir
100 yen shop Seria Shinjuku
Laox Shinjuku (memang ade section khas utk mknn halal cam coklat+ramen+jajan jepun, wajib pergi!)


Perbelanjaaan keseluruhan adalah berjumlah RM3000.


Comments

Post a Comment

Popular Posts