Trip ke Tokyo November 2017 (Bahagian 1)
Alhamdulillah..aku diberi kesempatan menjejakkan kaki di bumi Jepun pada 25 November 2017. Sebelum pergi, aku banyak dapat maklumat pasal Jepun ni kat blog orang, kat forum Cari, website Japan Tourism, etc, jadi aku memang berniat nak kongsi maklumat untuk korang yang baru pertama kali nak ke Tokyo. Kitaorang pegi berempat masa ni. Penerbangan ke Tokyo menggunakan Silk Air + Singapore Airlines KLIA - Singapore - Haneda Airport Sebelum ni aku memang selalu naik Air Asia je tapi kali ni tiba2 rasa teringin nak cuba airlines yang belum pernah naik. Kalau dibandingkan dengan MAS, pada pendapat aku tempat duduk dalam Silk Air dan Singapore Airlines adalah lebih selesa. Pengalaman naik Singapore Airlines - Ade pilihan untuk muslim meal, sila pilih siap2 sebelum fly. - Dapat tuala panas untuk lap muka masa awal penerbangan. - Dapat earphone percuma, aku mati2 ingat earphone ni kene pulang balik mcm MAS, rupanya memang dapat, jadi dapat 2 earphone, masa pergi dan masa balik. -